Wednesday, February 29, 2012

3 Faktor Utama.


Ahad lalu (26/2/2012) berpeluang ke Ekspo Buku Islam di Precint 3, Putrajaya bersama Aizuddin. Selepas asar, within jam 5 petang, sempat ke Pelancaran Projek Wakaf Al Quran oleh Aman Palestin di pentas utama. Sebelum pelancaran, CEO Aman Palestin, Ustaz Awang Suffian menyampaikan talk mengenai isu Palestine.

Mengapa isu Palestine perlu berada didalam jiwa setiap muslim? Realitinya, isu Palestine sejak dulu sehingga kini wajar dijadikan isu utama kpd seluruh masyarakat arab dan muslim seantero dunia atas 3 faktor utama.
Ya, 3 faktor utama.

Pertama,
Kesucian Palestine dan hubungan jiwa yang terjalin antara umat islam dengan tanah suci itu.

Kedua,
Kebencian yang berakar umbi, sejarah hitam dan idealogi kebencian Yahudi Zionis terhadap islam dan masyarakat muslim

Ketiga,
Perluasan empayar Barat-Yahudi yang menekan umat islam demi menjadikan umat islam lemah dan berpecah belah serta menjadi satu entiti terasing dibawah telunjuk kuasa besar.

Pendudukan Yahudi dibawah panji negara Israel pada 1948 di Palestine, tanah yang mendapat tempat dihati ummah muslim, perluasan ketenteraan dan politik kezaliman yahudi telah mengundang kepayahan kepada umat islam yang terpaksa berjuang bermati-matian kearah kebebasan, penyatuan ummah dan mengembalikan kegemilangan sejarah islam suatu masa dahulu. Seterusnya menjalankan tanggungjawab asasi sebagai khalifah dibumi Allah. Hakikat ini merupakan satu cabaran besar dan getir dalam sejarah islam yang perlu ditangani oleh setiap individu muslim.

Dan.. sudah jelas, kau, aku dan semua umat islam perlu bangkit menentang mana-mana kumpulan yg cuba menguasai tanah milik Palestine, dan mereka yang tidak menghormati agama dan kerakyatan Palestine.
Takkan boikot pun tak mampu?



Wallahua'lam.
Ma'as salama Ya antum. Wassalam.


Architectural : Using Kitlens 18-55




Forum: Bicara Cinta Anak Muda.

Yeah, i got opportunity to take photos as unofficial photographer. 


                                                           


                                                                 


                                                                   


Doa Memohon Dikasihi & Mengasihi.


''Ya Allah, Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu supaya aku dapat mencintaiMu, dan mencintai orang-orang yg mencinaiMu serta amal yg boleh menyampaikan aku kepada mencintaiMu. Ya Allah, jadikanlah cintaku kepadaMu itu melebihi cintaku pada diri sendiri, ahli keluargaku dan air yang sejuk'' - Diriwayatkan oleh Al Tarmizi.

Sunday, January 1, 2012

Coming Soon


Mohammad Helmy & Nurul Shuhadah
29 Safar 1433 H
Jalan Bunga Siantan 1, Felda Pemanis 1, Segamat.